ad
PBT

MPK selesai 163 aduan kejiranan, terbaharu kes timbunan perancah besi di halaman rumah

29 Dis 2022, 2:43 AM
MPK selesai 163 aduan kejiranan, terbaharu kes timbunan perancah besi di halaman rumah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 29 DIS: Kira-kira 163 kes atau 90 peratus aduan kejiranan berjaya diselesaikan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) antara Januari hingga November tahun ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pihaknya menerima sebanyak 180 pelbagai aduan yang menimbulkan ketidakselesaan jiran dalam tempoh terbabit.

"Masalah kejiranan yang diterima seperti halangan pasu bunga, bau masakan, bau asap rokok, halangan kenderaan, jemur baju/kasut di tembok, bermain alat Muzik, bising dan lain lain," katanya menerusi Facebook.

MPK menjelaskan walaupun aduan terbabit dianggap remeh tetapi sebagai hidup berjiran penduduk perlu pastikan kediaman terjaga, bersih, mesra dan sentiasa prihatin.

Katanya salah satu kes terbaharu iaitu jiran yang tidak prihatin di mana pemilik kediaman yang diadukan telah meletakkan perancah besi-besi yang begitu banyak di halaman rumah pada Jumaat lalu.

"Lawatan prihatin yang diseliakan oleh MPK telah bersemuka dengan pemilik kediaman dan diberikan amaran lisan bagi tempoh 14 hari untuk beliau membersihkan serta mengalihkan ke semua besi tersebut," ujarnya.

Kacau ganggu ini boleh mendatangkan bahaya kepada kejiranan kerana akan mengundang kepada pembiakan nyamuk, haiwan perosak dan berbisa seperti tikus dan ular.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.