ad
PBT

Bina tembok penahan, elak insiden pokok tumbang di Bukit Malawati berulang

28 Dis 2022, 4:01 AM
Bina tembok penahan, elak insiden pokok tumbang di Bukit Malawati berulang
Bina tembok penahan, elak insiden pokok tumbang di Bukit Malawati berulang

SHAH ALAM, 28 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sudah mula membina tembok penahan di tebing yang rosak akibat kejadian pokok tumbang hingga menyebabkan kejadian runtuhan tanah di pusat pelancongan Bukit Malawati, Kuala Selangor Ahad lepas.

Timbalan Setiausaha MPKS Ahmad Jamzuri Mujaini berkata tembok konkrit setinggi lima meter itu dibina sebagai langkah pembaikan semula tebing yang rosak ekoran kejadian itu, dan ia dijangka siap hujung bulan depan.

"Pihak MPKS juga akan memohon kepakaran pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pihak berkuasa tempatan lain yang mempunyai kepakaran berkaitan cerun untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan perancangan serta pengurusan kawasan yang berbukit atau cerun," katanya kepada Bernama.

[caption id="attachment_552092" align="aligncenter" width="720"] Anggota APM Kuala Selangor menjalankan operasi membersihkan kawasan tanah runtuh di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Foto APM Kuala Selangor[/caption]

Beliau berkata semakan Jabatan Landskap MPKS terhadap insiden di Bukit Malawati itu mendapati keadaan akar pokok yang tumbuh di kawasan bukit berbatu menyebabkan struktur akar tidak dapat mencengkam dengan kuat, dan menyebabkan ia tumbang.

Pusat pelancongan Bukit Malawati itu dilaporkan ditutup sementara sejak semalam bagi perlaksanaan kerja-kerja pembaikan runtuhan tanah oleh MPKS. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.