ad
AGENDA

KDEBWM konsisten buat pembersihan awam elak risiko banjir

27 Dis 2022, 10:02 AM
KDEBWM konsisten buat pembersihan awam elak risiko banjir

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) memberi jaminan bertindak konsisten dalam membuat pembersihan awam bagi mengelak risiko banjir.

Pengarah urusannya berkata ia termasuk pembersihan longkang terutama bersaiz 1.5 meter ke bawah dan mengangkat sampah pukal setiap minggu supaya air mengalir serta tidak tersumbat.

“Kita telah mengenal pasti lebih 50 kawasan ‘hotspot’ di seluruh Selangor yang berisiko dinaiki air jika hujan lebat berterusan.

“Seramai 600 tenaga kerja KDEBWM bersiap sedia menjalankan operasi membersih pascabanjir yang akan ditugaskan di 12 bilik gerakan di setiap daerah,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika dihubungi.

Katanya, sekiranya berlaku banjir syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri itu mempunyai 1,200 kakitangan tAmbahan di lapangan yang akan melakukan tugas pembersihan termasuk mengutip sampah pukal.

“Kita juga pastikan 500 lori RORO (Roll On Roll Off), jentolak, jengkaut dan lori panjang sentiasa bersiap sedia untuk digunakan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.