ad
ADN

ADN: MPK laksana kerja baik pulih jalan berlubang di Meru esok

26 Dis 2022, 10:47 AM
ADN: MPK laksana kerja baik pulih jalan berlubang di Meru esok

SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memulakan kerja baik pulih jalan raya yang rosak teruk di Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Meru, Klang esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata pihak berkuasa tempatan itu mengambil maklum keadaan di laluan itu yang didakwa berlubang hingga mengancam keselamatan pengguna.

"Sebelum ini MPK menutup jalan berkenaan kepada kenderaan kerana dibimbangi berlaku perkara tidak diingini dan orang akan salahkan kepada pihak berkaitan.

"Tetapi ramai yang marah (dengan penutupan jalan) kerana menyukarkan mereka untuk melaluinya. Saya sudah minta (MPK) buat pembaikan, insya-Allah esok," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, pengguna mendakwa jalan terbabit berlubang pada kedalaman 1.52 meter dan lebih berbahaya apabila air bertakung sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Keadaan itu turut meresahkan pengguna yang mendakwa kenderaan mereka rosak gara-gara laluan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.