ad
AGENDA

Lebih separuh lokasi Hulu Langat, tiga lagi daerah terima bekalan air

25 Dis 2022, 3:21 PM

SHAH ALAM, 25 DIS: Empat daerah terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi menerima bekalan air secara berperingkat malam ini.

Setakat jam 9 malam Hulu Langat mencatat peratus pemulihan bekalan air paling tinggi dengan 53.7 peratus, diikuti Kuala Langat (29.6 peratus), Sepang (30.6 peratus) dan Petaling (8.1 peratus). (rujuk kawasan di lampiran)

Menurut makluman Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza setiap kawasan, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Pengguna yang mendapat bekalan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan lain berjalan seperti dijadualkan," maklum agensi itu di Facebook.

Semalam, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.