AGENDA

LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi, bekalan air mula disalur berperingkat

25 Dis 2022, 7:52 AM
LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi, bekalan air mula disalur berperingkat
LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi, bekalan air mula disalur berperingkat

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 25 DIS: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih beroperasi semula dan bekalan air terawat disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna mulai 2 petang tadi.

Air Selangor menerusi Facebook memaklumkan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 27 Disember.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," maklumnya.

Semalam, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan Lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia di Negeri Sembilan.

Tumpahan 1000 liter pati minyak wangi tersebut telah menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu menyebabkan 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.