ad
BUDAYA

Warna biru adalah warna sepi yang paling aku benci

25 Dis 2022, 2:00 AM
Warna biru adalah warna sepi yang paling aku benci

Oleh M Emir

 

Biru dinding / mata aku memainkan lagu balada/ Automatik/ dinding menambahkan dramatik / menghimpit & memancarkan skrin birunya / aku berjalan di angkasa / kerana angkasa adalah nama lain bagi kamar/ ia sedia cela / gelap / & retorik hitam / ada lampu / tapi lampu masih kanak-kanak / ia seperti ada kanser tahap 4 / lampu malap / yang hampir temu ajalnya / & aku tiada hobi / melainkan baca buku puisi eksperimental / saatnya saat manusia 15 tahun lainnya / leka main motor & cinta monyet / di sekolah tinggi / aku sedia dibaham taring bilik/ tetapi aku Tahu ia mustahil / kerana sajak-sajakku akan Jadi penghalang / sajak adalah ruang rehat / selain biskut tawar yang Mak beli / Dan kopi yang Abah bancuh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.