ad
AGENDA

Sambutan Krismas pupuk semangat kebersamaan, perpaduan rakyat

24 Dis 2022, 3:09 PM
Sambutan Krismas pupuk semangat kebersamaan, perpaduan rakyat

SHAH ALAM, 24 DIS: Dato' Menteri Besar berharap sambutan Krismas kali ini dapat memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Dato' Seri Amirudin Shari juga mengucapkam selamat menyambut Krismas kepada seluruh rakyat yang menyambutnya.

"Selamat Menyambut Krismas kepada mereka yang beragama Kristian yang menyambutnya. Semoga Krismas kali ini memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan semua, " katanya menerusi Facebook.

Hari Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian.

Pada 13 Disember lalu, Amirudin merasmikan sambutan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor yang dihadiri lebih 3,000 individu pelbagai kaum di Dewan Sivik MBPJ.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan menarik daripada pemain biola, Dr Joanne Yeoh dan kumpulan koir FGT Church Choir, GA611 Church, Roman Catholic Church dan Kaya Band.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.