ad
AGENDA

Kerja baik pulih paip pecah siap malam ini, lori tangki digerak ke lokasi terjejas

23 Dis 2022, 7:00 AM
Kerja baik pulih paip pecah siap malam ini, lori tangki digerak ke lokasi terjejas
Kerja baik pulih paip pecah siap malam ini, lori tangki digerak ke lokasi terjejas
Kerja baik pulih paip pecah siap malam ini, lori tangki digerak ke lokasi terjejas

SHAH ALAM, 23 DIS: Lori tangki digerakkan untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas di wilayah Hulu Selangor susulan kejadian paip pecah di Jalan Bukit Beruntung hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pihaknya mengutamakan penghantaran bekalan ke premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Beruntung giat dilaksana sejak 11 pagi tadi. Insiden ini menyebabkan 50 kawasan mengalami gangguan air tidak berjadual.

“Kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya 8 malam ini dan air akan disalurkan secara berperingkat. Tempoh masa pemulihan berbeza setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya di Facebook.

Agensi meminta pengguna merujuk saluran komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram atau hubungi talian 15300 untuk mendapatkan maklumat semasa.

Sebarang pertanyaan boleh diaju di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.