ad
AGENDA

MB lawat pengarah bomba Selangor di Hospital Selayang

20 Dis 2022, 8:32 AM
MB lawat pengarah bomba Selangor di Hospital Selayang

SHAH ALAM, 20 DIS: Dato' Menteri Besar menziarahi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang.

Jabatan itu memaklumkan kehadiran Dato' Seri Amirudin Shari pada jam 12.46 tengah hari tadi diiringi pegawai kesihatan hospital berkenaan.

"Semoga kesihatan Dato' Norazam Khamis kembali sembuh dengan cepat," tulisnya di Facebook.

Petang semalam, Norazam dimasukkan ke hospital selepas diserang angin ahmar ringan (minor stroke) selain keletihan. Bagaimanapun keadaan beliau terkawal dan sedarkan diri.

Beliau terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali sejak awal tragedi Jumaat lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.