ad
AGENDA

Foto Messi menang Piala Dunia di Instagram catat rekod lebih 49.8 juta tanda suka

20 Dis 2022, 5:56 AM
Foto Messi menang Piala Dunia di Instagram catat rekod lebih 49.8 juta tanda suka

ANKARA, 20 DIS: Gambar Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA menerima paling banyak ‘like’ berbanding foto yang dimuat naik atlet lain di Instagram.

Catatan Messi, berbunyi "JUARA DUNIA!!!!!!!," mendapat lebih 49.8 juta ‘like’ di platform media sosial sejak dimuat naik pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Foto itu menyaksikan Messi menjulang trofi Piala Dunia sambil meraikan kemenangan gemilang Argentina ke atas juara bertahan Perancis.

Jumlah ‘like’ itu mengatasi hantaran sebelum ini termasuk dari Cristiano Ronaldo dan gambar Messi bermain catur yang sebelum ini mencatatkan rekod kira-kira 42 juta ‘like’ di Instagram.

Messi mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram.

Pada Ahad, pasukan Argentina yang diketuai Messi menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.