ad
AGENDA

Tumpu tangani isu gugat keharmonian agama, kaum di media sosial

15 Dis 2022, 9:31 AM
Tumpu tangani isu gugat keharmonian agama, kaum di media sosial

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Kementerian Perpaduan Negara akan memberi fokus kepada usaha menangani isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara khususnya melibatkan institusi raja, agama dan bangsa (3R).

Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata kementerian itu akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) susulan terdapat pelbagai isu sensitif yang menyentuh 3R menerusi platform media sosial.

“Beberapa hari lepas, kita telah mengadakan mesyuarat bersama KKD sebab mereka yang melihat hari ke hari isu-isu (3R) yang berada di akhbar dan platform media sosial seperti TikTok, YouTube dan lain-lain.

“Kita akan bersama-sama dengan KKD cuba menangani isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Aaron berkata pihaknya telah merangka beberapa program menerusi agensi di bawah kementerian itu bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Agensi utama sebelum ini ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berada di semua negeri dan sekarang kita mempunyai agensi lain seperti Arkib Negara, Muzium Negara dan Perpustakaan Negara,” katanya. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.