ad
AGENSI

47 pusat pemindahan tempatkan lebih 4,000 mangsa banjir di Selangor

15 Dis 2022, 1:16 AM
47 pusat pemindahan tempatkan lebih 4,000 mangsa banjir di Selangor

SHAH ALAM, 15 DIS: Sebanyak 47 pusat pemindahan sementara (PPS) terus beroperasi di Selangor dengan menempatkan 4,096 mangsa banjir sejak dibuka November lalu sehingga semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Mohd Razuki Sibi berkata antara daerah yang terlibat dengan PPS itu ialah Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

“Sepanjang tahun ini, kita telah membuka 81 PPS namun bagi tempoh November hingga hari ini (semalam) sebanyak 47 PPS kekal aktif.

“Bagaimanapun, kita mempunyai 1,229 di Selangor yang sedia diaktifkan sekiranya berlaku bencana,” katanya pada majlis serahan bantuan bencana banjir sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada JKM Selangor semalam.

Dalam majlis tersebut, Mohd Razuki menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek.

Pada masa sama, beliau menasihatkan mangsa banjir supaya berpindah ke PPS sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

“Sekiranya mereka berpindah akan memudahkan urusan JKM seperti penyediaan makanan dan bantuan lain yang diperlukan.

“Kita berharap mangsa banjir mengikut arahan dan berpindah seperti diarahkan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.