ad
AGENDA

Kalahkan Maghribi, Perancis bertemu Argentina di akhir Piala Dunia

15 Dis 2022, 12:52 AM
Kalahkan Maghribi, Perancis bertemu Argentina di akhir Piala Dunia

SHAH ALAM, 15 DIS: Perancis berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022 selepas membenam cabaran Maghribi 2-0 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar malam tadi.

Juara bertahan itu memulakan aksi dalam separuh akhir dan hanya mengambil masa lima minit untuk mengatasi lawan menerusi Theo Hernandez dengan satu tendangan deras menewaskan penjaga gol Yassine Bounou.

Maghribi yang ketinggalan cuba bangkit dengan gol penyamaan dan beberapa kali mendapat peluang termasuk percubaan Jawad El Yamiq pada akhir babak pertama namun berjaya diselamatkan Hugo Lloris.

Dalam separuh masa kedua, Perancis mengukuhkan kedudukan selepas pemain gantian Randal Kolo Muani memanfaatkan hantaran Kylian Mbappe di depan gol dengan jaringan kedua pasukannya pada minit ke-79.

Kemenangan itu melayakkan Perancis ke perlawanan akhir bertemu Argentina yang sebelum ini mengalahkan Croatia 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.