ad
ADN

DUN Bandar Utama anjur pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu ini

14 Dis 2022, 8:36 AM
DUN Bandar Utama anjur pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu ini
DUN Bandar Utama anjur pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 14 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menganjurkan program pemeriksaan kesihatan percuma pada Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program dengan kerjasama Hospital Assunta Petaling Jaya itu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

"Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk Kampung Sungai Kayu Ara dengan syarat berpendapatan RM2,500 dan ke bawah," katanya.

[caption id="attachment_555435" align="aligncenter" width="598"] Poster program pemeriksaan kesihatan percuma yang dimuat naik di Facebook DUN Bandar Utama.[/caption]

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi pautan http://tiny.cc/KlinikKayuAra bersama dokumen yang lengkap.

Bagi yang ingin memohon kad SWOP (Program Pesakit Luar Kebajikan Masyarakat) Hospital Assunta, diminta sertakan salinan slip gaji atau bukti pendapatan bulanan atau surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian hotline 016-6849371.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.