ad
AGENDA

LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi alami gangguan sistem brek

14 Dis 2022, 5:11 AM
LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi alami gangguan sistem brek

SHAH ALAM, 14 DIS: Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan sistem brek menyebabkan kekerapan semasa tren bertambah.

Rapid KL menerusi Facebook memberitahu jangkaan kekerapan meningkat 10 minit di beberapa stesen antara Kelana Jaya ke Lembah Subang berikutan sebuah tren dibawa keluar akibat masalah itu.

"Jadual perjalanan sedang diselaraskan. Ikuti kami untuk perkembangan selanjutnya," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyRapid PULSE di Google Play atau Apple Store, rujuk media sosial Prasarana dan laman web https://myrapid.com.my.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjangka perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya dan beroperasi pada kapasiti penuh menjelang suku ketiga 2023.

Beliau dilaporkan berkata Rapid KL mempunyai 56 set kereta api setakat ini, dengan hanya 38 beroperasi manakala selebihnya sedang diselenggara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.