ad
AGENSI

SUK anjur hari e-pelanggan esok, mudahkan orang awam kemuka aduan

14 Dis 2022, 1:41 AM
SUK anjur hari e-pelanggan esok, mudahkan orang awam kemuka aduan

SHAH ALAM, 14 DIS: Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri menganjurkan program e-pelanggan Khamis ini sebagai platform untuk orang awam berinteraksi dengan pihak pentadbiran.

Program Siri 2/2022 secara dalam talian bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu memberi peluang semua pihak mengemukakan soalan atau cadangan mengenai skim ditawarkan Kerajaan Negeri.

Antaranya Kasih Ibu Smart Selangor, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Skim Air Darul Ehsan, Dana Bantuan Guaman Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan baucar sempena perayaan.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan https://epelanggan.selangor.gov.my/ atau [email protected] atau hubungi 03-55447000.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.