ad
PBT

Lupus barang sempena Krismas, MPHS sedia tong sampah pukal

13 Dis 2022, 1:36 PM
Lupus barang sempena Krismas, MPHS sedia tong sampah pukal
Lupus barang sempena Krismas, MPHS sedia tong sampah pukal

SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyedia Tong Roll On Roll Off (RORO) bagi memudahkan penduduk melupuskan sampah pukal sempena sambutan Krismas.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata perkhidmatan secara percuma tersebut bermula 12 hingga 23 Disember di kawasan pentadbirannya.

"Tong RORO ini bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabot lama dan barangan elektrik antaranya almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit dan sebagainya serta sampah kebun.

"Penyediaan tong RORO berkapasiti tiga tan ini ditempatkan secara berperingkat dengan tempoh lapan hari bagi setiap kawasan sekitar Hulu Selangor," katanya di Facebook.

Menurut MPHS, sisa domestik atau sampah dapur dilarang dibuang di dalam tong RORO bagi memudahkan kontraktor membuat kerja kutipan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1331 atau 03-6064 1050.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.