ad
PBT

MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen niaga Isnin depan

13 Dis 2022, 8:22 AM
MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen niaga Isnin depan
MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen niaga Isnin depan

SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan mini karnival pembaharuan lesen perniagaan mulai 19 sehingga 21 Disember ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan memaklumkan karnival tiga hari berkenaan diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.

"Turut diadakan pelbagai pameran menarik antaranya berkaitan skim Hijrah Selangor, inisiatif Platform Selangor (PLATS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Selain itu, pengusaha premis juga akan diberi taklimat secara percuma berhubung reka bentuk dalaman premis dan strategi pengiklanan serta pemasaran," katanya.

Tambahnya, pengunjung juga disajikan dengan fiesta pelbagai makanan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan di talian 03-4285 7344/ 7170.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.