ad
AGENSI

Peluang mula niaga, Hijrah tawar pembiayaan hingga RM10,000

13 Dis 2022, 8:05 AM
Peluang mula niaga, Hijrah tawar pembiayaan hingga RM10,000
Peluang mula niaga, Hijrah tawar pembiayaan hingga RM10,000

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 13 DIS: Rakyat Selangor yang berhasrat memulakan perniagaan disaran memohon pembiayaan skim Zero To Hero sehingga RM10,000.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan skim tersebut boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 19 cawangan Hijrah.

“Hijrah Selangor melalui pembiayaan Skim Zero To Hero menawarkan pakej perniagaan khusus buat rakyat  Selangor yang ingin memulakan perniagaan.

“Skim ini membantu menerapkan latihan, pemasaran dan bimbingan berterusan secara langsung oleh syarikat peneraju yang dilantik bagi tempoh pembiayaan kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan agar terus berkembang baik dan menjadi usahawan berjaya,” katanya di Facebook.

Berikut syarat kelayakan ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk atau bermastautin di Selangor lebih lima tahun
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Minat dan bersemangat berniaga
  • Bersedia untuk dibimbing

Seramai 555,834 usahawan menerima manfaat menerusi tujuh skim pembiayaan perniagaan bernilai RM710 juta sejak awal penubuhan institusi pembiayaan  tersebut pada 2015.

Selain Skim Zero To Hero, Hijrah turun menawarkan Skim i-Bisnes, Hijrah turut menawarkan skim i-Agro, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, dan i-Bermusim.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.