ad
AGENDA

Dua wanita, seorang kanak-kanak cedera kemalangan permainan taman hiburan

12 Dis 2022, 11:43 PM
Dua wanita, seorang kanak-kanak cedera kemalangan permainan taman hiburan

SHAH ALAM, 13DIS: Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan ‘fun fair’ di Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, malam tadi

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan telefon mengenai insiden tersebut kira-kira jam 8.50 malam.

“Ketiga-tiga mereka terjatuh dari permainan ‘Sotong Ride’ ketika sedang bergerak. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Terdahulu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.