ad
BUDAYA

Yang montok mengganyang semusim

12 Dis 2022, 2:25 PM
Yang montok mengganyang semusim

sudah tiba masa, sekawan lidah bercabang dua yang montok

menjalar mabuk

hati-hati, ia licik dengan jelir busuk

menjilat memagut dengan bisa liur yang merasuk

setelah lama menghadam rusa di belantara

ini waktunya kembali membelit rostrum dan pembesar suara

buih basi mulut dikatanya emas suasa

ludah-ludahnya adalah rahmat menghentikan bencana

yang pandir, langsung ditumbuhi ekor dan sisik

melingkar merayap memuja sangat agresif tanpa tahu nasib

sesudah disarungkan mahkota diganyang lagi beratus ekor rusa jantan betina

sendiri-sendiri mengunyah dalam rimba menunggu musim seterusnya tiba

bila ditinggalkan lapar, si bebal jadi-jadian kembali jadi orang

mengajak pula berpanca bertelagah;

siapa merampas kalungan permata? mengapa petaka lebih buas dari sediakala?

-- sepanjang musim ia, kenyang ketawa

J.R Jel

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.