ad
AGENSI

Mais agih barangan dapur, ringan beban 673 keluarga di lima daerah

11 Dis 2022, 5:20 AM
Mais agih barangan dapur, ringan beban 673 keluarga di lima daerah
Mais agih barangan dapur, ringan beban 673 keluarga di lima daerah

SHAH ALAM, 11 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyampaikan agihan fidyah berjumlah RM80,760 kepada 673 keluarga di lima daerah, Jumaat lalu.

Agensi itu memaklumkan sumbangan bernilai RM120 sekitar Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Petaling dan Klang meliputi makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua,” kata Mais di Facebook.

Menurut Mais, usaha itu melibatkan kerjasama 20 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya daripada SMK SS17, SK Seri Selangor, SK Puchong Jaya 2, Masjid Darul Ibadah, Persatuan Mencegah Dadah Malasia (PEMADAM) dan lain-lain.

Bayaran fidayah turut boleh dilaksanakan secara atas talian melalui e-MAIS atau pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

[caption id="attachment_554949" align="aligncenter" width="500"] Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyampaikan agihan fidyah berjumlah RM80,760 kepada 673 keluarga di lima daerah pada 9 Disember 2022. Foto Facebook Mais[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.