ad
AGENDA

Pesta buku Selangor peluang ibu bapa manfaat cuti sekolah dengan anak

10 Dis 2022, 2:42 AM
Pesta buku Selangor peluang ibu bapa manfaat cuti sekolah dengan anak
Pesta buku Selangor peluang ibu bapa manfaat cuti sekolah dengan anak

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 DIS: Orang ramai khususnya ibu bapa diseru mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini yang hanya berbaki dua hari lagi.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata pihaknya menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung ke acara itu memandangkan cuti sekolah bermula hari ini.

Datin Paduka Mastura Muhamad berkata ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik disediakan.

“Kita harap ibu bapa bawa anak mereka berkunjung dan teroka pengalaman beli buku berkualiti di sini. Secara tidak langsung akan pupuk sikap suka membaca dan mencintai ilmu dalam diri anak.

[caption id="attachment_554691" align="alignright" width="360"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Sempena dua hari terakhir SIBF, pempamer menawarkan potongan istimewa dan lelongan untuk pengunjung esok. Jadi kita alu-alukan mereka hadir dan bantu pempamer bawa pulang kotak kosong,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen MBSA semalam.

Mastura berkata pihaknya yakin acara yang akan berakhir Ahad ini akan dihadiri lebih 200,000 pengunjung melebihi jumlah kehadiran tahun lalu.

SIBF dianjurkan Kerajaan Negeri dengan PPAS sebagai urusetia julung kali diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang diadakan sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik melibatkan pelajar dan kanak-kanak turut diadakan selain jualan pelbagai jenis makanan dan barangan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.