ad
PBT

Elak banjir besar, dua rumah pam dibina di Taman Sri Muda

9 Dis 2022, 2:30 PM
Elak banjir besar, dua rumah pam dibina di Taman Sri Muda
Elak banjir besar, dua rumah pam dibina di Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membina dua rumah pam selain kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda menerusi Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD).

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata projek di bawah kategori keperluan mendesak itu merupakan inisiatif MBSA bagi mengelak banjir besar berulang.

[caption id="attachment_554644" align="alignleft" width="500"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim[/caption]

“Hari ini kita melakukan pecah tanah dan projek ini akan terus dimulakan tanpa penangguhan. Kita jangka ia akan siap dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

“Kita cuba setakat yang mampu. Kami tidak dapat menjamin banjir tidak berulang, tapi kita akan cuba mengurangkan risikonya,” katanya pada majlis Pecah Tanah Projek SASuD di Taman Sri Muda hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

November tahun lalu, Taman Sri Muda di Seksyen 25 antara lokasi yang paling terjejas selepas beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang ditenggelami air akibat hujan lebat selama beberapa hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.