ad
AGENDA

Piala Dunia: Portugal ke suku akhir selepas benam Switzerland 6-1

7 Dis 2022, 4:18 AM
Piala Dunia: Portugal ke suku akhir selepas benam Switzerland 6-1

ANKARA, 7 DIS: Portugal menumpaskan Switzerland 6-1 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu (AA).

Buat kali pertama sejak 2008 menyaksikan Cristiano Ronaldo memulakan perlawanan utama di bangku simpanan.

Goncalo Ramos meletakkan Portugal di hadapan menerusi jaringan menakjubkan pada minit ke-17.

Pada minit ke-33, pemain pertahanan veteran Portugal, Pepe menjadikan kedudukan 2-0 apabila tandukan pemain itu menewaskan penjaga gawang Switzerland, Yann Sommer.

Portugal terus agresif mengasak pada separuh masa kedua yang menyaksikan sekali lagi Ramos menjaringkan gol pada minit ke-51.

Pemain pertahanan Raphael Guerreiro menyumbat gol keempat pada minit ke-55 untuk membolehkan Portugal selesa mendahului 4-0 .

Gol tunggal Switzerland dihasilkan pada minit ke-58 menerusi Manuel Akanji.

Ramos melengkapkan hatriknya yang pertama di Qatar 2022 dengan penyudah bergaya pada minit ke-67.

Ronaldo yang dibawa masuk pada minit ke-74 menjaringkan gol pada minit ke-84, namun tidak dikira kerana ofsaid.

Seorang lagi pemain Rafael Leao yang dibawa masuk pada minit ke-87 merembat gol keenam untuk Portugal pada minit ke-92 dan perlawanan berakhir dengan kedudukan 6-1.

Portugal akan bertemu Maghribi di pusingan suku akhir Qatar 2022 pada Sabtu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.