ad
AGENDA

Belanja hampir RM70 juta teruskan pengecualian cukai pintu rumah kampung, kos rendah

7 Dis 2022, 3:46 AM
Belanja hampir RM70 juta teruskan pengecualian cukai pintu rumah kampung, kos rendah

SHAH ALAM, 7 DIS: Pengecualian cukai pintu rumah kampung dan kos rendah di Selangor diteruskan tahun depan melibatkan kos RM68.74 juta.

Dato' Menteri Besar berkata pengecualian cukai itu antara usaha Kerajaan Negeri meringankan beban hidup rakyat.

"Walau kelihatan seperti kehilangan pendapatan buat negeri, hasil- hasil negeri yang lain masih baik dan mencukupi," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

"Pengurusan berintegriti dan telus memampukan kepimpinan Pakatan Harapan mengambil keputusan ini dan pada masa sama masih memperuntukkan lebih RM600 juta untuk 42 program dalam Iltizam Selangor Penyayang."

Pengecualian cukai pintu bagi rumah kampung dan kos rendah diperkenalkan Kerajaan Negeri setiap tahun sejak 2016.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.