ad
BERITA UTAMA

Lebuh raya hubungkan Taiping-Banting siap 2025, kata EXCO

6 Dis 2022, 7:14 AM
Lebuh raya hubungkan Taiping-Banting siap 2025, kata EXCO

SHAH ALAM, 6 DIS: Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping, Perak dan Banting dijadual siap pada 2025, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim menjelaskan projek sepanjang 233 kilometer dengan kos keseluruhan RM5.044 bilion mencapai 82.51 peratus kemajuan setakat 25 September lalu.

“Semua seksyen Lebuhraya WCE dijadualkan siap sepenuhnya pada 2025 dinmana penyiapan terakhir melibatkan jajaran Seksyen 7 di Persimpangan Tanjong Karang,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sungai Panjang Dato’ Mohd Imran Tamrin berhubung status Lebuhraya WCE dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Projek tersebut yang sepatutnya siap pada 2023 berdepan sedikit kelewatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 pada pertengahan Mac 2020.

Lebuh raya itu mempunyai 21 persimpangan, yang turut menghubungkan Lebuhraya Lembah Klang Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Selat Klang Utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.