ad
AGENDA

Anthony Loke bersesak dalam LRT waktu puncak, tekad tambah baik pengangkutan awam

5 Dis 2022, 2:50 PM
Anthony Loke bersesak dalam LRT waktu puncak, tekad tambah baik pengangkutan awam
Anthony Loke bersesak dalam LRT waktu puncak, tekad tambah baik pengangkutan awam

SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ketika waktu puncak.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau yang bertopi dan memakai pelitup muka berwarna hitam dilihat bersesak-sesak menaiki pengangkutan awam itu antara jam 5 petang hingga 7 malam.

"Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari.

"Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita," katanya.

[caption id="attachment_553928" align="aligncenter" width="500"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (bertopi dan pelitup muka hitam) turun padang meninjau keadaan sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ketika waktu puncak pada 5 Disember 2022. Foto Facebook Anthony Loke Siew Fook[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.