ad
ADN

ADN Balakong cadang wujud e-portal, arkib kumpul tesis universiti

5 Dis 2022, 8:26 AM
ADN Balakong cadang wujud e-portal, arkib kumpul tesis universiti

SHAH ALAM, 5 DIS : Ahli dewan negeri Balakong mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan perpustakaan dalam talian atau e-portal.

Wong Siew Ki berkata kewujudan e-portal sebagai arkib digital berfungsi sebagai pusat penyimpanan koleksi maklumat saintifik dan penyelidikan institusi pengajian tinggi di Selangor.

"Perpustakaan dalam talian ini memberi keutamaan bagi mendigitalisasikan jurnal, tesis atau artikel yang dihasilkan oleh mahasiswa.

"Ia juga memudahkan proses kajian dijalankan di institusi pengajian tinggi malahan proses pembangunan negeri juga dapat dijalankan dengan lebih cepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Belanjawan 023 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Siew Ki berkata Selangor sepatutnya menjadi perintis revolusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia susulan mempunyai paling banyak institusi pengajian tinggi.

"Saya amat berharap dengan kelengkapan perpustakaan ini dapat menggalakkan lagi ramai warga Selangor menjalankan lebih banyak penyelidikan serta menjadi pemangkin kemajuan negeri," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.