ad
AGENDA

Piala Dunia: Argentina ke suku akhir selepas tundukkan Australia

4 Dis 2022, 3:45 AM
Piala Dunia: Argentina ke suku akhir selepas tundukkan Australia

ANKARA, 4 DIS: Argentina menundukkan Australia 2-1 pada Sabtu dan akan bertemu Belanda pada suku akhir Piala Dunia FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu.

Bintang Argentina Lionel Messi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 apabila rembatannya di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Australia, Mathew Ryan.

Penyerang Paris Saint-Germain itu menjaringkan gol pertamanya di peringkat kalah mati Piala Dunia untuk membolehkan Argentina mendahului separuh masa pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmad Bin Ali milik Ar-Rayyan.

Argentina menambah jaringan pada minit ke-57 menerusi penyerang Manchester City, Julian Alvarez.

Australia merapatkan kedudukan pada minit ke-77 hasil rembatan Craig Goodwin.

Argentina seterusnya akan bertemu Belanda pada perlawanan suku akhir yang dijadual pada Jumaat.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.