ad
AGENDA

Paip bawah tanah bocor dipercayai punca tanah runtuh di Ampang

2 Dis 2022, 10:22 AM
Paip bawah tanah bocor dipercayai punca tanah runtuh di Ampang

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Tanah runtuh pada anggaran ketinggian 30 meter (m) berlaku di kawasan perumahan di Taman Mega Jaya, Ampang, di sini hari ini dipercayai akibat kebocoran paip air bawah tanah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.48 petang tadi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan tiba di lokasi 12 minit kemudian.

"Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa atau struktur rumah. Rumah yang paling hampir dengan lokasi runtuhan adalah kira-kira 20m," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya ketika ini, pemantauan masih diteruskan pihak bomba dan kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan Indah Water Konsortium.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.