ad
PBT

Ladang ternakan ayam tiada lesen dikompaun, diberi notis berhenti

2 Dis 2022, 10:02 AM
Ladang ternakan ayam tiada lesen dikompaun, diberi notis berhenti

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan kompaun ke atas sebuah ladang ternakan ayam di Bukit Kapar setelah didapati beroperasi tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata satu notis memberhentikan aktiviti dan operasi serta memulihkan tanah turut diberikan kepada premis berkenaan.

"Satu operasi bersepadu hasil aduan telah dijalankan di sebuah ladang ternakan ayam yang telah menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat," katanya menerusi Facebook hari ini.

MPK menjelaskan hasil siasatan mendapati premis berkenaan menjalankan perniagaan dan perindustrian menternak ayam tanpa kebenaran majlis di bawah UUK MPK 2007 oleh Jabatan Pelesenan.

Premis terbabit turut didapati beroperasi tanpa kebenaran merancang oleh Jabatan Perancang Bandar.

Operasi tersebut turut melibatkan Jabatan Veterinar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.