ad
EXCO

LRA Semenyih beroperasi semula lepas rekod bacaan 0 ton secara konsisten

2 Dis 2022, 5:49 AM
LRA Semenyih beroperasi semula lepas rekod bacaan 0 ton secara konsisten

SHAH ALAM, 2 DIS: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi beroperasi semula awal pagi tadi setelah merekodkan bacaan bau 0 ton secara konsisten dalam tiga pensampelan.

Menurut EXCO alam sekitar, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat pencemaran di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan disyaki berpunca daripada pelepasan kilang di kawasan berhampiran.

"Kejadian pelepasan air berbuih di sungai itu disyaki berlaku lebih awal petang semalam ketika hujan lebat. LUAS telah berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk tindakan susulan.

"Siasatan selanjutnya oleh pihak JAS Negeri Sembilan berikutan lokasi insiden tersebut berada di luar kawasan Selangor dan melibatkan kawasan perindustrian," kata Hee Loy Sian dalam kenyataan.

Beliau berkata LUAS turut meningkatkan pemantauan statik kepada setiap 30 minit bagi memantau rapi status pencemaran bau seakan sabun yang dikesan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, jelasnya, gangguan bekalan air di kawasan terlibat juga pulih sepenuhnya jam 9.30 pagi berdasarkan maklumat daripada Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

"Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras Enakmen LUAS 1999," kata Loy Sian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.