ad
AGENDA

Lebih 30,000 jawatan kosong ditawar dalam karnival kerjaya minggu depan

2 Dis 2022, 2:48 AM
Lebih 30,000 jawatan kosong ditawar dalam karnival kerjaya minggu depan
Lebih 30,000 jawatan kosong ditawar dalam karnival kerjaya minggu depan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 2 DIS: Lebih 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena  Karnival Kerjaya Mega Selangor yang diadakan pada 10 dan 11 Disember ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Program bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang itu adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

"Lebih 300 syarikat atau majikan terlibat dengan menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk kewangan dan perbankan, perhotelan dan hospitaliti, teknologi maklumat, pembuatan, automotif dan sukan.

“Bidang lain termasuk pendidikan latihan, juruteknik, makanan dan minuman, borong dan peruncitan serta pemasaran dan jualan,” menurut hebahan di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Terbuka kepada mereka yang dalam proses mencari kerja atau baru tamat pengajian, sesi temuduga bersemuka turut disediakan dalam program berkenaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari laman sesawang, www.SelangorJobportal.com.my, imbas QR-Code di poster atau hubungi 03-5521 2407/ 2480/ 2279.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.