ad
AGENDA

Piala Dunia: Jepun mara pusingan 16 terakhir, Jerman tersingkir

2 Dis 2022, 12:25 AM
Piala Dunia: Jepun mara pusingan 16 terakhir, Jerman tersingkir

SHAH ALAM, 2 DIS: Jepun layak ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar selepas mengejutkan gergasi Eropah Sepanyol dengan keputusan 2-1.

Jepun mara sebagai juara kumpulan dan akan bertemu Croatia manakala Sepanyol yang layak berdasarkan perbezaan jaringan berbanding Jerman akan bertemu Maghribi.

Penyerang Sepanyol Alvaro Morata terlebih dahulu meletakkan gergasi Eropah itu di depan pada minit ke-12 apabila menanduk hantaran lintang Cesar Azpilicueta yang juga gol ketiganya pada Piala Dunia kali ini.

Jepun menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung menerusi pemain sayap Ritsu Doan yang merembat dari luar kotak penalti.

Pemain tengah Ao Tanaka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51, jaringan yang terpaksa dirujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk pengesahan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.