ad
AGENDA

Kadar vaksinasi, dos penggalak tinggi hasil Selvax bantu negeri kawal kes Covid-19

30 Nov 2022, 4:24 AM
Kadar vaksinasi, dos penggalak tinggi hasil Selvax bantu negeri kawal kes Covid-19
Kadar vaksinasi, dos penggalak tinggi hasil Selvax bantu negeri kawal kes Covid-19

SHAH ALAM, 30 NOV: Kadar vaksinasi termasuk dos penggalak tinggi melebihi 90 peratus jumlah penduduk membantu Kerajaan Negeri mengawal jangkitan Covid-19 di Selangor.

EXCO kesihatan berkata pencapaian itu hasil pelaksanaan program Vaksin Selangor (Selvax) bagi melengkap dan mempercepat proses suntikan pelalian dalam kalangan penduduk.

"Kerajaan Negeri masih ada vaksin jenis Sinovac. Mana-mana individu mahukan suntikan penggalak boleh dapatkan di klinik tertentu secara percuma," kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungip berhubung tahap kawalan wabak itu di Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_499233" align="aligncenter" width="712"] EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud meninjau proses suntikan ketika program Vaksin Selangor (Selvax) Booster di Klinik Selcare, Seksyen 13, Shah Alam pada 10 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada Jun 2021, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax dengan kos mencecah RM200 juta dan diiktiraf kerajaan persekutuan sekali gus terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Siti Mariah turut memaklumkan, jangkitan Covid-19 di Selangor setakat ini berada pada tahap terkawal dengan purata kes antara 1,000 hingga 2,000 kes harian sejak minggu epid ke 35 hingga 46.

"Majoriti kes iaitu lebih 95 peratus adalah kategori dua manakala 4.5 peratus lagi dalam kategori tiga, empat dan lima. Purata kematian sebanyak enam kes seminggu namun meningkat kepada 11 kes pada minggu epid 46 yang berakhir pada 19 November.

"Sejak awal penularan, kes kematian dicatatkan sebanyak 10,911 hingga minggu epid 46," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.