ad
AGENDA

Teroka potensi baharu jana pendapatan, elak bergantung hasil cukai tanah

29 Nov 2022, 7:27 AM
Teroka potensi baharu jana pendapatan, elak bergantung hasil cukai tanah

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri disaran meneroka potensi baharu bagi menjana pendapatan dan tidak terlalu bergantung kepada hasil premium dan cukai tanah.

Menjelaskan premium dan cukai tanah menyumbang 67 peratus hasil pentadbiran negeri untuk tahun depan, ketua pembangkang Selangor berkata pentadbiran negeri harus meneliti potensi untuk menjadi pengeluar makanan negara.

"Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri melihat secara serius pilihan kaedah dan potensi untuk mempelbagai sumber hasil di Selangor," kata Datuk Rizam Ismail menerusi kenyataan perbahasan belanjawan 2023.

Wakil rakyat Sungai Air Tawar itu menambah penggunaan teknologi tinggi melalui projek pengeluaran makanan mampu memastikan jaminan bekalan makanan negara.

"Bahkan (sektor itu) turut menjana peluang pekerjaan dan keusahawanan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi kepada penduduk setempat," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.