ad
AGENDA

Hampir 90,000 pengguna aplikasi CEPat, libat 1.9 juta transaksi

29 Nov 2022, 4:00 AM
Hampir 90,000 pengguna aplikasi CEPat, libat 1.9 juta transaksi

SHAH ALAM, 29 NOV: Hampir 90,000 pengguna berdaftar dengan aplikasi pembayaran elektronik berpusat Citizen E-Payment (CEPat) sejak diperkenal pada 2019.

EXCO Perdagangan dan Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berkata penggunaan aplikasi tanpa tunai berkenaan membabitkan 1.9 juta transaksi.

“Sehingga kini terdapat 62 perkhidmatan ditawarkan di dalam CEPat yang meliputi 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tujuh medium pembayaran tersedia untuk pilihan pengguna.

“Aplikasi ini dibangunkan menggunakan peruntukan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebanyak RM5.9 juta,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan wakil rakyat Bukit Lanjan Elizabeth Wong yang ingin mengetahui maklum balas program di bawah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Aplikasi CEPat yang dilancar pada 1 Ogos 2019 menawarkan kemudahan permohonan lesen, bayaran cukai taksiran, kompaun, parkir dan bayaran bil utiliti.

Transaksi tanpa tunai itu boleh dimuat turun melalui PlayStore bagi pengguna Android dan AppStore bagi iOS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.