ad
AGENDA

Program inkubator usahawan belia tani dibuka sehingga 15 Disember 2022

28 Nov 2022, 9:39 AM
Program inkubator usahawan belia tani dibuka sehingga 15 Disember 2022
Program inkubator usahawan belia tani dibuka sehingga 15 Disember 2022

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 28 NOV: Permohonan mengikuti program inkubator usahawan belia tani dibuka sehingga 15 Disember depan.

Jabatan Pertanian Negeri Selangor memaklumkan program latihan pertanian jangka masa panjang secara praktikal di ladang itu akan bermula dari Januari hingga November 2023.

“Ia adalah program secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor dengan kemudahan elaun dan tempat penginapan disediakan.

“Borang permohonan boleh didapati di pautan https://forms.gle/mMWZvMJmTXVUroJv7," kata agensi itu di Facebook.

Menurut agensi itu, antara syarat permohonan termasuk warganegara Malaysia, belia berumur 18 hingga 40 tahun, lahir di Selangor atau bermastautin tetap di Selangor melebihi 10 tahun dan berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Jabatan Pertanian Negeri Selangor di talian 03-5518 9888 atau Pusat Latihan Pertanian Kalumpang (03-6049 1744).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.