ad
AGENDA

Rakyat sambut baik dana deposit rumah, permudah miliki kediaman sendiri

27 Nov 2022, 1:08 PM
Rakyat sambut baik dana deposit rumah, permudah miliki kediaman sendiri
Rakyat sambut baik dana deposit rumah, permudah miliki kediaman sendiri
Rakyat sambut baik dana deposit rumah, permudah miliki kediaman sendiri
Rakyat sambut baik dana deposit rumah, permudah miliki kediaman sendiri

Oleh Azian Aziz

GOMBAK, 27 Nov: Inisiatif dana deposit rumah berjumlah RM100 juta yang diperkenalkan Kerajaan Negeri membuka peluang lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

[caption id="attachment_552273" align="alignleft" width="268"] Rozyati Sarip Ahmad. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI[/caption]

Rozyati Sarip Ahmad, 32, dari Taman Melawati berkata golongan muda perlu merebut peluang di bawah Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor tersebut terutama yang baru berumah tangga.

"Bukan senang kumpul duit untuk bayar deposit beli rumah sebab orang muda tentunya mempunyai banyak komitmen untuk bayar hutang. Gaji pun pasti belum tinggi lagi.

"Rakyat Selangor patut rasa bertuah sebab inisiatif terbaik ini hanya ada di negeri ini, jadi manfaatkan peluang sebaik mungkin,’’ katanya.

[caption id="attachment_552274" align="alignright" width="268"] R. Premalatha. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu R Premalatha, 31, dari Taman Pinggiran Batu Caves berkata skim itu mempermudahkan bukan sahaja golongan muda sepertinya tetapi semua rakyat Selangor yang belum mempunyai  rumah sendiri.

"Kemampuan menyediakan dana sebanyak ini menunjukkan yang kemajuan Selangor bertambah baik. Saya pasti rebut peluang ini kerana ingin merasa tinggal di rumah sendiri,’’ ujarnya.

Bagi Rosmah Roslan, 49, dari Taman Amaniah pula, beliau akan meminta anaknya memanfaatkan skim tersebut jika mahu membeli rumah.

[caption id="attachment_552275" align="alignleft" width="268"] Rosmah Roslan. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI[/caption]

"Saya akan suruh anak saya mohon. Rugi tak cuba sebab peluang ni tak ada di tempat lain. Bukan senang nak beli rumah mampu milik dalam keadaan ekonomi sekarang,’’ tambahnya.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM100 juta sebagai dana pinjaman di bawah Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor bagi memastikan matlamat pemilikan kediaman dicapai dengan lebih berkesan khususnya pembeli pertama.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permohonan itu dijadual dibuka seawal suku kedua tahun depan dijangka memanfaatkan kira-kira 4,000 pemohon untuk memiliki rumah mampu milik.

Skim itu bertujuan mengatasi masalah bakal pembeli yang berdepan isu bayaran pendahuluan atau deposit, beban hutang sedia ada yang tidak teratur, kos membeli perabot asas, kos setem duti dan guaman serta kos sewa rumah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.