ad
AGENSI

73 keluarga mangsa banjir Kuala Selangor masih berlindung di PPS

27 Nov 2022, 4:20 AM
73 keluarga mangsa banjir Kuala Selangor masih berlindung di PPS

SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 228 orang mangsa banjir di Kuala Selangor masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7 pagi tadi.

Mangsa membabitkan 73 keluarga itu berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru, PPS SK Sungai Sireh dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bestari Jaya, lapor Berita Harian.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata PPS SK Bandar Baru kekal menempatkan 92 individu daripada 30 keluarga.

"PPS SK Sungai Sireh mencatatkan penurunan apabila 62 mangsa daripada 18 keluarga masih berada di lokasi itu.

"Sementara di Dewan MPKS Bestari Jaya pula mencatatkan sedikit penurunan iaitu 74 mangsa daripada 25 keluarga berbanding 77 individu daripada 26 keluarga," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.