ad
AGENDA

Permohonan bantuan pembelian motosikal pekerja gig dibuka hingga 6 Disember

27 Nov 2022, 1:21 AM
Permohonan bantuan pembelian motosikal pekerja gig dibuka hingga 6 Disember

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 27 NOV: Permohonan bagi program Bikecare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja gig, dibuka mulai Jumaat sehingga 6 Disember depan.

Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) memaklumkan program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu pekerja gig (p-hailing) yang memerlukan.

“Bantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motosikal disediakan bagi meringankan beban pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor gig ekonomi.

“Antara syarat kelayakan permohonan termasuk pemohon merupakan warga Selangor, berusia 18 tahun ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam CTOS/CCRIS,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Borang permohonan lengkap dan dokumen berkaitan perlu diserahkan ke pejabat UPPS di alamat East Entrance, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam sebelum 7 Disember depan.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 016-959 8320 (Fatin Shafira).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.