ad
AGENSI

Tebing runtuh, pusat pelancongan Bukit Melawati ditutup sementara

26 Nov 2022, 2:01 AM
Tebing runtuh, pusat pelancongan Bukit Melawati ditutup sementara

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 26 NOV: Tebing di laluan masuk ke lokasi bersejarah Bukit Melawati runtuh dipercayai akibat hujan berterusan awal pagi semalam.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor menerusi Facebook memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi.

"Empat anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati tanah runtuh berlaku menutupi hampir keseluruhan jalan masuk dan keluar.

"Memandangkan kejadian berlaku awal pagi, tiada kemalangan jiwa dan penempatan terjejas," katanya.

Agensi itu menjelaskan kerja pembersihan kawasan dan mengalihkan bongkah runtuh dijalankan bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya.

Pusat pelancongan tersebut ditutup bermula semalam hingga hari ini berikutan kerja-kerja pembaikan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.