ad
AGENSI

RM2.83 juta perkasa program, rancak aktiviti pengerak belia

25 Nov 2022, 11:07 AM
RM2.83 juta perkasa program, rancak aktiviti pengerak belia

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak RM2.83 juta diperuntuk untuk melaksanakan program dan aktiviti Penggerak Belia Selangor (PeBS) tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan itu bagi memastikan agenda pembangunan generasi muda dan sukan terlaksana lebih inklusif dan berdaya saing.

"PeBS ditubuhkan sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dan belia bagi memastikan golongan itu mempunyai platform dalam usaha untuk memperkasakan agenda belia," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

PeBS dijenamaan semula pada 2021 dari Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang mula diperkenalkan sejak 2009. Pemimpin belia setempat itu memainkan peranan sebagai ejen penggerak kepada agenda pembangunan generasi muda di setiap Dewan Undangan Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.