ad
AGENSI

Selangor peruntuk RM600,000 galak anak muda ceburi e-sukan

25 Nov 2022, 10:55 AM
Selangor peruntuk RM600,000 galak anak muda ceburi e-sukan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak RM600,000 diperuntukkan untuk program e-sukan bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak muda di negeri ini menceburi bidang tersebut.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata e-sukan dilihat dapat menjadi laluan kerjaya kepada anak muda pada masa akan datang.

"Melihat sambutan luar biasa yang diberikan, program ini akan diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM600,000," katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Selangor memperkenal program Xtiv Virtual sejak tahun lalu dengan lebih 250,631 penyertaan dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

Acara dipertandingkan termasuk PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Call of Duty Mobile, Pro Evolution Soccer 2021, FIFA Pro Club, Selangor Xtiv Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.