ad
AGENDA

Peruntukan bantuan sekolah naik kepada RM26.5 juta, pulih kemudahan terjejas bah

25 Nov 2022, 9:58 AM
Peruntukan bantuan sekolah naik kepada RM26.5 juta, pulih kemudahan terjejas bah

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor diteruskan dengan tambahan peruntukan kepada RM26.5 juta pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata tambahan peruntukan itu mengambil kira permohonan dan keperluan yang semakin meningkat setiap tahun.

"Penambahan ini juga mengambil kira banyak sekolah yang terkesan akibat banjir sebelum ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Dimulakan sejak 2009, permohonan program membaik pulih infrastruktur mahupun pembaikan pembinaan struktur baharu diteruskan tahun ini kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Menurut Amirudin, program berkenaan juga bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik prasarana sekolah kerajaan dan swasta di Selangor dengan pemberian insentif sehingga RM50,000.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.