ad
AGENDA

Ramalan air pasang besar di Klang, MB nasihat penduduk waspada

23 Nov 2022, 12:39 PM
Ramalan air pasang besar di Klang, MB nasihat penduduk waspada
Ramalan air pasang besar di Klang, MB nasihat penduduk waspada
Ramalan air pasang besar di Klang, MB nasihat penduduk waspada

SHAH ALAM, 23 NOV: Dato' Menteri Besar menasihatkan penduduk di Klang serta berhampiran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku mulai semalam hingga Ahad ini.

"Semua penduduk yang tinggal di Klang dan berhampiran adalah diminta berwaspada. Kerajaan Negeri akan memantau keadaan semasa dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Kelmarin Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan fenomena air pasang besar kerana berisiko menyebabkan bencana banjir dan runtuhan ban.

Menurut jawatankuasa tersebut, fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Klang mulai 22 hingga 27 November.

Justeru, semua warga Klang diminta sentiasa peka dan cakna dengan keadaan dari semasa ke semasa serta patuh arahan pihak berkuasa.

Berikut talian perhubungan bencana jika berlaku kecemasan:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.