ad
AGENDA

Dewan Negeri ucap tahniah lima wakil rakyat menang PRU15

23 Nov 2022, 2:56 AM
Dewan Negeri ucap tahniah lima wakil rakyat menang PRU15

SHAH ALAM, 23 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) mengucapkan tahniah kepada lima Ahli Dewan Negeri (ADN) yang menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Speaker Ng Suee Lim menyampaikan ucapan ringkas itu pada mesyuarat ketiga penggal kelima Dewan Negeri Selangor yang mula bersidang pagi di Dewan Annex di sini.

"Sebelum memulakan sidang dewan saya ingin ucap tahniah kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, V Ganabatirau, Rodziah Ismail, Mohd Sany Hamzan dan Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi atas kemenangan pada PRU baru-baru ini," katanya.

Pada PRU15, Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua menang Parlimen Gombak menewaskan penyandang tiga penggal kerusi itu Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

ADN Batu Tiga Rodziah dan ADN Kota Kemuning Ganabatirau masing-masing menang di Parlimen Ampang dan Klang sementara Mohd Sany (ADN Taman Templer) menang di Hulu Langat dan Dr Ahmad Yunus (ADN Sijangkang) menang Parlimen Kuala Langat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.