ad
AGENSI

28 jangkitan baharu denggi minggu lalu, Hulu Selangor rekod 593 kes terkumpul

22 Nov 2022, 12:53 AM
28 jangkitan baharu denggi minggu lalu, Hulu Selangor rekod 593 kes terkumpul
28 jangkitan baharu denggi minggu lalu, Hulu Selangor rekod 593 kes terkumpul

Oleh SHAMZ JOHAN

HULU SELANGOR, 22 NOV: Sebanyak 28 kes baharu demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-46 (13/11/2022 - 19/11/2022) menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 593 kes bagi daerah Hulu Selangor.

Berdasarkan maklumat dimuat naik menerusi laman Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, memaparkan jumlah kes paling tinggi di lokaliti wabak terkawal sebanyak tujuh kes di Apartment Seri Tulip, Bukit Sentosa.

Manakala di Batang Kali, menunjukkan laporan kes paling tinggi dengan 46 dan diletakkan dalam senarai lokaliti wabak 'hotspot'.

Kawasan lain yang turut diletakkan dalam senarai sama adalah Apartment Dahlia, Bukit Beruntung dengan 10 kes.

Walaupun jumlah sedikit menurun berbanding ME-44 dengan 29 kes, orang ramai tetap dinasihati berwaspada dan segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital jika mengalami tanda dan gejala demam denggi.

Penduduk juga disarankan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.